fb fb fb fb fb

Jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan semakin meningkat

KELANTAN, 27 Februari - Situasi banjir di Kelantan semakin meningkat apabila 40 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka membabitkan lima daerah di negeri itu.

Berbanding semalam, jumlah penduduk terjejas banjir yang dipindahkan setakat pukul 12 tengahari tadi mencecah 3,973 orang daripada 1,429 keluarga.

Menurut portal InfoBanjirJKM, Pasir Puteh antara daerah terbaharu dilanda banjir apabila empat PPS dibuka di daerah itu membabitkan 112 penduduk terjejas banjir daripada 30 keluarga.

12 PPS dibuka di daerah Pasir Mas melibatkan 2,755 penduduk terjejas banjir daripada 1,121 keluarga menjadikan daerah itu antara daerah paling teruk terjejas setakat ini.

9 PPS dibuka di daerah Kuala Krai melibatkan 458 penduduk terjejas banjir daripada 131 keluarga manakala di Tanah Merah, sembilan PPS dibuka melibatkan 353 penduduk terjejas banjir daripada 84 keluarga.

Di Jeli pula banjir sedikit menurun, bagaimanapun empat PPS masih dibuka melibatkan 268 penduduk terjejas banjir daripada 64 keluarga berbanding semalam.

Sementara itu, public info banjir JPS melaporkan, tiga sungai utama mencatatkan bacaan air sungai melebihi paras bahaya iaitu Sungai Kg Temangan Machang, Sungai Lanas di Air Lanas Jeli dan Sungai Golok di Kg Jenob, Tanah Merah.

Media Baharu