fb fb fb fb fb

Bekalan elektrik terganggu di Pantai Timur ambil jangka masa panjang untuk dipulihkan

(Gambar fail Facebook TNB Careline)

KUALA LUMPUR, 27 Februari - Gangguan elektrik di beberapa kawasan yang terjejas di Terengganu dan Kelantan akan mengambil masa yang panjang untuk dipulihkan akibat hujan lebat dan ribut yang berlarutan di kedua-dua negeri itu sejak semalam.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan ini kerana terdapat banyak pokok tumbang dan menghempap tiang talian TNB.

Lima kawasan yang terjejas di Terengganu ialah Kuala Terengganu, Kuala Berang, Kuala Nerus, Marang dan Setiu

(Situasi terkini di Terengganu pada Ahad/Foto orang awam)

Manakala enam kawasan di Kelantan melibatkan daerah Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tumpat dan Machang

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak menghampiri talian TNB yang jatuh atau rosak.

"Pasukan teknikal sedang berusaha untuk memulihkan bekalan termasuk mengutamakan keselamatan semua pihak semasa kerja-kerja pemulihan bekalan." katanya di Facebook, hari ini.


Media Baharu