fb fb fb fb fb

Jumlah katil di enam hospital di Terengganu mencukupi untuk pesakit URTI

SETIU, 23 Julai- Jumlah katil di enam hospital di Terengganu masih mampu menampung pesakit jangkitan saluran pernafasan atas (URTI) termasuk influenza.

Bagaimanapun, Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, jumlah katil pesakit sedia ditambah sekiranya berlaku peningkatan jumlah pesakit bagi kes-kes berkenaan.

Jelas beliau, jumlah kes URTI di negeri tersebut masih terkawal.

"Ia hanya melibatkan lima peratus daripada jumlah penggunaan katil di hospital.

Penggunaan katil adalah 90 peratus daripada lebih 1,700 unit keseluruhannya atas pelbagai rawatan," katanya selepas menghadiri Program Tanaman Bandar antara Pejabat Pertanian dan Hospital Setiu di Permaisuri, di sini.

(Datuk Dr. Kasemani Embong, Pengarah Kesihatan Negeri)

Dalam perkembangan lain, bekalan ubat-ubatan di semua hospital dan klinik kesihatan negeri masih mencukupi untuk tempoh tiga bulan akan datang.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya tidak panik dan berkunjung ke fasiliti kesihatan terdekat untuk mendapatkan rawatan.

Media Baharu