fb fb fb fb fb

Jualan Keluarga Malaysia laris

(Program Jualan Keluarga Malaysia)

NILAI, 23 Julai- Program Jualan Keluarga Malaysia di Negeri Sembilan menerima sambutan menggalakkan.

Menurut statistik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan, program itu telah diadakan sebanyak 31 siri sejak ia dimulakan pada Disember tahun lalu.

Pada hujung minggu ini ia diadakan di 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan empat kawasan Parlimen iaitu Rasah, Rembau, Jelebu dan Jempol bermula hari ini hingga esok.

Tinjauan RTM di sebuah pasar raya di Bandar Baru Enstek, Nilai mendapati, program itu mendapat sambutan positif daripada Keluarga Malaysia.

Penurunan harga antara 5% hingga 10% bagi barangan terpilih terutamanya barangan keperluan asas menjadi pilihan pelanggan.

(Orang sedang membeli barang keperluan menerusi Program Jualan Keluarga Malaysia
di Negeri Sembilan)

Media Baharu