fb fb fb fb fb

Jualan Rahmah Madani: Jualan 30 barangan keperluan dapat sambutan

Inisiatif pemberian baucar tunai pada Program Jualan Rahman Madani Bergerak.

KUALA TERENGGANU, 4 Julai - Jualan Rahmah Madani melibatkan jualan lebih 30 barangan keperluan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat khususnya golongan B40.
 
Di Kuala Terengganu, 500 asnaf kampung Pulau Kambing di Dewan Undangan Negeri DUN Bandar diberi baucar tunai RM10 Jualan Rahmah Madani untuk setiap seorang.

Ketua Cabang PKR Kuala Terengganu, Azlan Ismail memaklumkan inisiatif pemberian baucar tunai tersebut dapat membantu penerima menambah barangan keperluan pilihan mereka.
 
Tawaran potongan harga menarik ini seperti ayam, daging lembu tempatan, telur, beras tempatan, minyak masak paket serta beberapa lagi barangan keperluan asas lain .

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan penyerahan baucer tunai di tapak Jualan Rahman Madani Bergerak berhampiran ibu pejabat JPJ Terengganu.

HASRON BIN HASSAN