fb fb fb fb fb

JS-SEZ zon ekonomi luar biasa, dapat tumpuan dunia

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyamaikan ucaptama khas pada Nikkei Forum Medini 2025/ BERNAMA

ISKANDAR PUTERI, 19 Jun- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan potensi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai satu model ekonomi luar biasa yang kini mendapat perhatian dunia.

Datuk Seri Anwar menegaskan kemampuan zon ekonomi itu dibina atas asas kepercayaan menyeluruh antara dua negara – Malaysia dan Singapura – yang bekerjasama sebagai satu pasukan mantap demi kemajuan bersama.

"Ini bukan zon ekonomi biasa. Namakan mana-mana zon yang melibatkan dua negara, yang sepenuhnya berdasarkan kepercayaan dan kerjasama menyeluruh.

"Oleh itu, saya memberi penghargaan kepada pemimpin Malaysia dan Johor termasuk rakan-rakan Singapura yang telah menyokong secara aktif," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Nikkei Forum Medini 2025 di sini.

Tambah beliau, kerjasama erat kedua-dua negara menjadikan JS-SEZ destinasi pelaburan berimpak tinggi, khususnya dalam sektor transformasi digital, tenaga boleh baharu dan semikonduktor.

JS-SEZ kini turut menarik minat pelabur utama dari Jepun, China, Korea dan Eropah.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI