fb fb fb fb fb

JPN rekodkan 6,853 gantian MyKad akibat banjir

(FOTO FAIL)

KUALA NERUS, 28 Disember - Sebanyak 6,853 gantian MyKad di seluruh negara direkodkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akibat musibah banjir sejak Januari hingga 27 Disember lalu.

Jumlah tersebut meningkat berbanding 5,108 kes yang sama tahun lalu.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh berkata Selangor menjadi negeri tertinggi dalam penggantian kad pengenalan baharu iaitu 920 kes disebabkan bencana banjir.


(Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh ditemu bual media selepas menyantuni penduduk terjejas
banjir di Kuala Nerus, Terengganu)  

Proses tersebut dilakukan tanpa sebarang caj dan turut melibatkan kes-kes kemusnahan dokumen seperti sijil lahir atau sijil-sijil lain yang dikeluarkan JPN.

"Kita tengok di Kelantan dan Terengganu sahaja, banjir baru-baru ini kita telah membuat gantian hampir 500 dokumen MyKad...ini akan kita akan teruskan sebab sebagaimana kita tengok di Besut sebagai contoh, banyak lagi kawasan-kawasan yang ditimpa banjir pada masa ini..kita akan masuk sekali lagi sebab ada di kalangan penduduk tidak sempat berurusan dengan kita, kita akan buat dua tiga kali 'exercise' sebab ada lagi kawasan yang belum kita boleh masuk," kata beliau selepas menyantuni penduduk terjejas banjir yang turut melibatkan pegawai JPN negeri dan pengamal media, di sini.

Media Baharu