fb fb fb fb fb

JPJ Terengganu sita 103 kenderaan dalam Ops PEWA

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Mohd Zamri Samion (tengah), menyoal seorang warga asing yang menunggang motosikal menerusi Operasi Penguatkuasaan Warga Asing (Ops PEWA) hari ini/ BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 26 Disember - Hujan lebat sejak awal pagi tadi tidak menghalang penugasan lebih 70 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan Operasi Penguatkuasaan Warga Asing (Ops PEWA) di seluruh negeri Terengganu.

Operasi tersebut bermula seawal pukul 7 pagi dan diadakan serentak di seluruh daerah.

Pengarah JPJ negeri, Mohd Zamri Samion berkata Ops PEWA dijalankan selepas mendapat aduan orang awam mengenai warga asing yang membawa kenderaan tanpa memiliki dokumen yang sah.

Melalui beberapa risikan hampir dua minggu mendapati wujud warga asing yang tidak memiliki lesen dan kelayakan memiliki kenderaan secara berleluasa di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Strategi operasi yang dilakukan adalah melalui penyamaran bagi mengesan warga asing.

"Kita telah menyita hampir 12 kenderaan, 10 motosikal dan dua motokar, di Kemaman hampir lima kenderaan, Bukit Besi satu kenderaan, Besut dan Setiu keadaan cuaca teruk, jadi tidak mengizinkan dalam hal itu, hari ini sahaja kita telah dapat 18 buah kenderaan.

"Sepanjang tahun kita telah melaksanakan operasi besar sebanyak 12 kali Ops PEWA di mana mengambil kira tindakan yang telah diambil, 103 tindakan..103 tindakan ini juga telah dikenakan tindakan sita di bawah Akta 64 (1) JPJ 1987 dan sejumlah 679 saman P22 telah dikeluarkan," kata beliau ketika ditemui selepas sidang media Ops PEWA di di Pejabat JPJ Terengganu, di sini hari ini

Dalam perkembangan sama, Mohd Zamri memberi amaran keras kepada penduduk tempatan yang memberi sewa kenderaan kepada warga asing.

Tindakan lebih tegas akan diambil kepada mereka yang berbuat demikian.

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN