fb fb fb fb fb

JPJ Terengganu keluar 175 saman hari pertama Op Hari Raya Aidilfitri

KUALA NERUS - Sebanyak 175 saman dikeluarkan pada hari pertama pelaksanaan Op Hari Raya Aidilfitri 2022 peringkat Terengganu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata dalam op berkenaan 1,176 kenderaan diperiksa di Jalan Gong Badak.

Antara kesalahan dikesan adalah Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada lesen memandu dan lain-lain kesalahan teknikal.

(Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) Terengganu, Zulkarnain Yasin)

Turut disita 10 buah motosikal, kebanyakannya melibatkan LKM tamat tempoh.

"Kita ada menahan sebuah kenderaan yang mana bila tahan antara sebabnya menggunakan plat yang tidak mengikut spesifikasi dengan alasan hanya untuk beraya.

"Saya nasihatkan kepada pengguna sila pastikan pematuhan kepada peraturan jalan raya, tiada alasan sebenarnya untuk menggunakan plat fancy untuk Aidilfitri kerana kesalahan plat tidak mengikut spesifikasi sebenarnya kesalahan nyata yang mana kita telah mewar-warkan tentang saiz dan sebagainya," kata Zulkarnain yang ditemui media selepas Op Hari Raya Aidilfitri 2022, di sini.

Dalam operasi berkenaan, empat lelaki turut ditahan kerana positif dadah hasil saringan air kencing.

Media Baharu