fb fb fb fb fb

JPJ Perlis gempur kenderaan Thailand di Kompleks ICQS Padang Besar

(OPS PeWA JPJ Perlis di Kompleks ICQs Padang Besar)

PADANG BESAR, 27 Oktober- Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan Perlis menggempur pemandu warga asing menerusi OPS PeWA di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQs) Padang Besar.

Ia berikutan aduan orang awam berikutan kesesakan lalu lintas di kompleks berkenaan yang berpunca daripada deretan kenderaan perdagangan atau lori dari Thailand yang menunggu giliran untuk pemeriksaan di laluan masuk.

Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, pihaknya mengeluarkan 22 notis saman kepada pemandu warga Thailand kerana melakukan kesalahan meletak kenderaan sehingga menghalang lalu lintas dan memandu melawan arus di laluan utama ke kompleks ICQS.

Beliau turut memberi peringatan tegas kepada semua pemandu warga asing supaya sentiasa mematuhi undang-undang negara ini bagi mengelakkan dikenakan tindakan saman oleh agensi penguat kuasa di negara ini.


(OPS PeWA JPJ Perlis di Kompleks ICQs Padang Besar)

Media Baharu