fb fb fb fb fb

JPJ keluarkan 14,514 notis, 500 motosikal disita

(FOTO RTM)

IPOH, 27 April-Sebanyak 51,039 buah motosikal telah diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Ops Bersepadu Hari Raya Aidilfitri (HRA) di seluruh negara setakat malam tadi. 

Pengarah Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, daripada jumlah tersebut, 14-ribu 514 bilangan notis atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Pengarah Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, daripada jumlah tersebut, 14,514 bilangan notis atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Operasi selama lapan hari bermula 18 April lalu melibatkan 291 lokasi Point Of Duty (POD) di seluruh negara. 

Jelas beliau, sebanyak 500 buah motosikal telah disita melibatkan kesalahan seperti tiada lesen memandu dan perlindungan insuran. 

Operasi selama lapan hari bermula 18 April lalu melibatkan 291 lokasi Point Of Duty (POD) di seluruh negara. 

Jelas beliau, sebanyak 500 buah motosikal telah disita melibatkan kesalahan seperti tiada lesen memandu dan perlindungan insuran. 

"Jadi fokus kita pada kali ini adalah untuk pemeriksaan dan advokasi kepada penunggang motosikal supaya mereka memathi peraturan jalan raya", katanya kepada pemberita pada sidang media Ops Bersepadu Hari Raya Aidilfitri di sini.

Tambahnya, sebanyak 7,146 buah motosikal telah diperiksa di Perak sepanjang operasi dijalankan dan daripada jumlah itu sebanyak 1,313 diambil tindakan di bawah Akta 333.

(Pengarah Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat JPJ, Datuk Lokman Jamaan)

Media Baharu