ALOR SETAR, 25 Februari- Operasi Khas Perayaan Tahun Batu Cina 2024 yang menyasarkan pemandu warga asing (PeWA) di sekitar Kuala Nerang di Daerah Padang Terap telah berjaya menahan lima buah motosikal yang dipandu warga asing tanpa ada kelayakkan yang sah.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ Kedah, Aman Shah Hashim berkata, notis saman telah dikeluarkan kepada PeWA terbabit.
Manakala kenderaan yang dipandu mereka turut disita.
Dalam operasi itu, sebanyak 53 notis telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan semua kenderaan yang disita dihantar ke Depoh Tahanan Sita JPJ Negeri Kedah untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, dalam operasi berasingan di sekitar Kubur Panjang dan Pokok Sena, empat motorsikal disita dan 43 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
Operasi yang dijalankan di sekitar Kubur Panjang dan Pokok Sena menyasarkan waktu puncak pergerakan kenderaan.
Semua kesalahan telah dikenakan tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta kaedah-kaedah bawahnya.
JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana pesalah tidak kira pesalah jalan raya mahupun pesalah-pesalah lain demi kemakmuran Malaysia. Sebarang aduan salah laku lalu lintas boleh disalurkan ke