fb fb fb fb fb

JPJ Johor tahan tujuh pemandu warga asing, sita empat kenderaan

(FOTO JPJ)

JOHOR BAHRU, 12 Januari- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor menahan tujuh pemandu warga asing dan menyita empat buah kenderaan, menerusi Operasi Pengarah, dijalankan di Jalan Besar, Pasir Gudang, Johor Bahru, semalam.

Menerusi kenyataan JPJ Johor,operasi turut mengeluarkan sebanyak 407 notis terhadap pengguna jalan raya, serta mengenakan tindakan keatas 282 kenderaan.

Sebanyak 544 kesalahan dikesan, melibatkan 174 kes tiada lesen memandu sah, 149 kes lesen tamat tempoh dan tiada insurans, 26 kes nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, dan 19 kes penggunaan cermin gelap, melebihi paras dibenarkan.

Kenderaan disita serta pemilik kenderaan, akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 64 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

(FOTO JPJ)

Media Baharu