fb fb fb fb fb

Johor terima pelaburan asing, RM500 juta dari syarikat Taiwan

JOHOR BAHRU, 27 Jun- Johor menerima pelaburan asing bernilai RM500 juta daripada sebuah syarikat berpangkalan di Taiwan, Wiwynn Corporation Taiwan menerusi penubuhan sebuah fasiliti pembuatan papan litar bercetak di Senai, Johor Bahru.

Ia melibatkan pelaburan berjumlah RM300 juta bagi fasiliti pembuatan dan RM200 juta lagi menyediakan kemudahan pembuatan rak pelayan.


(Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Lee Ting Han)

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Lee Ting Han menerusi kenyataannya memaklumkan, pelaburan tersebut akan mewujudkan kira-kira 1,600 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

"Pelaburan syarikat berkenaan ke negeri ini sememangnya penting sebagai hab serantau Asia Pasifik yang akan meletakkan Johor dalam peta global sebagai pangkalan pembuatan infrastruktur berkaitan pusat data.

Selain meningkatkan daya saing negeri, ianya juga dapat memupuk bakat tempatan ke arah penciptaan ekosistem kapasiti serantau untuk manfaat semua pihak dalam jangka masa panjang.

Media Baharu