fb fb fb fb fb

Johor pantau harga barang, elak kenaikan harga mendadak

JOHOR BAHRU, 7 Februari- Kerajaan Johor giat memantau harga beberapa barangan hasil pertanian yang meningkat susulan kejadian banjir yang melanda negeri berkenaan.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Datuk Zahari Sarip berkata pemantauan awal perlu dijalankan bagi mengelakkan harga barang terus meningkat terutama pada bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri akan tiba.

Antara hasil pertanian yang sedang mengalami peningkatan harga ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.

Pihaknya akan mendapatkan laporan daripada Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan bagi mengambil langkah untuk mengelakkan kenaikan harga barangan menjadi kritikal.

"Saya lihat peningkatan itu tidak besar dan saya sudah mintak jabatan untuk memantau harga ini supaya dia tidak menjadi satu masalah ataupun menimbulkan satu perkara yang kritikal dalam kalangan rakyat. Lagi-lagi kita menghampiri bulan puasa kemudian hari raya," kata Zahari kepada pemberita RTM semasa Perasmian Penutup Program Himpunan PELADANGNITA 2023, di sini.

Datuk Zahari turut memberitahu jabatan berkenaan sedang menjalankan penilaian kerosakan dialami petani dan peladang di Segamat akibat banjir selepas air surut.


(Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Datuk Zahari Sarip)

Media Baharu