fb fb fb fb fb

FAMA Johor sasar penganjuran 40 program jualan terus dari ladang

JOHOR BAHRU, 7 Februari - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Johor menyasarkan penganjuran 40 program jualan terus dari ladang pada tahun ini bagi membantu usahawan menjana pendapatan serta memasarkan produk mereka.

Program tersebut telah bermula Januari lalu dan dijangka akan terus dijalankan sehingga penghujung tahun ini di 40 lokasi seluruh negeri Johor.

Pengarah FAMA Johor, Shahrizan Sudiman berkata program juga membolehkan pengguna mendapatkan bekalan keperluan harian mereka dan produk usahawan pada harga berpatutan.

Program melibatkan 200 usahawan menawarkan barangan seperti ayam, daging, telur, sayur-sayuran dan buah-buahan.


(FAMA Johor sasar penganjuran 40 program jualan terus dari ladang pada tahun ini bagi membantu
usahawan menjana pendapatan serta memasarkan produk mereka)

"Kita ada sasaran kita, untuk jualan terus dari ladang ini, ini antara intervensi kita lah, intrvensi pihak kerajaan dalam membantu usahawan yang terkesan dan juga membantu rakyat untuk dapatkan bekalan harian mereka pada harga berpatutan," kata beliau semasa Perasmian Penutup Program Himpunan PELADANGNITA 2023, di sini hari ini.

Program PELADANGNITA 2023 bertujuan menggalakkan penyertaan golongan wanita untuk berniaga dalam bidang perternakan dan perladangan serta bagi membantu menjana ekonomi.

PELADANGNITA Johor dengan keahlian seramai 38,000 orang juga telah melebarkan sayapnya apabila memasuki sektor industri kecil dan sederhana dengan produk seperti minuman bunga telang.

Media Baharu