fb fb fb fb fb

Kempen YEZ PPZ-MAIWP berjaya kutip zakat RM251.16 juta

KUALA LUMPUR, 7 Februari- Kutipan zakat sebanyak RM251.16 berjaya diperoleh Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), menerusi Kempen Year End Zakat (YEZ) 2022.

Program berlangsung dari 26 November hingga 31 Disember 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman berkata peningkatan hampir 19 peratus berbanding pada 2021 itu membuktikan kempen dan promosi yang dilaksanakan berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat untuk berzakat.

Selain itu, beliau berkata kempen Skim Potongan Zakat Bulanan (SKIM PZB) pula berjaya mengutip sejumlah RM42.17 juta melebihi sasaran awal iaitu RM30 juta.

"Jadi kita harapkan kempen ini kita akan laksanakan secara berterusan dan dari segi sasarannya mungkin kita akan letakkan RM40 juta, kita akan naikkan sebanyak RM10 juta dan kami akan laksanakan pelbagai kempen dan juga program-program untuk memenuhi kempen yang kita laksanakan bermula pada Jun sehingga Disember 2023," katanya.

(Abdul Hakim Amir Osman)

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan hadiah kepada pembayar-pembayar zakat bertuah bersempena Kempen Skim Potongan Zakat Bulanan (SKIM PZB) dan Kempen Year End Zakat (YEZ), di sini hari ini.

PPZ-MAIWP turut menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada pembayar zakat bertuah sepanjang kempen tersebut berlangsung.

Menurut Abdul Hakim, pemberian hadiah itu adalah sebagai galakan untuk menunaikan zakat di samping penghargaan kepada para pembayar zakat.

"Pertama kali jugalah merasa menang hadiah utama, pakej umrah lagi. Jadi saya sangat berterima kasih dan bersyukur kepada pihak PPZ terutamanya dan Alhamdulillah berpeluang lagi pergi umrah," kata pemenang, Saidatul Syahirah Jasni.

Media Baharu