fb fb fb fb fb

Peniaga, penjaja turut berperanan bantu jaga keindahan Melaka

AYER KEROH, 7 Februari- Peniaga dan penjaja di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) diingatkan untuk tidak meninggalkan peralatan peniagaan atau kenderaan persendirian di tempat letak kenderaan awam selepas selesai berniaga.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman menyifatkan tindakan tidak bertanggungjawab di kawasan awam itu mencacatkan keindahan Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan.

Malah menyukarkan pengunjung di negeri ini untuk memarkir kenderaan.

Jelas beliau, pihaknya tidak melarang untuk berniaga di kawasan awam namun perlu bertanggungjawab selepas selesai menjalankan perniagaan.

"Saya dah bagi peringatan selepas ini saya juga telah mengarahkan anggota saya mengeluarkan notis kepada penjaja penjaja tersebut dan sekiranya masih berdegil kita terpaksa angkat kerana kebersihan tempat menjaja itu penting.

"Sebab yang nak membelinya kita, saya tak nak esok satu masalah, tempat letak kereta itu menjadi tempat 'cop' mereka meniaga. Keduanya bila mereka meninggalkan bekas makanan meniaga sudah pastinya malam hari haiwan liar seperti anjing, kucing liar jadikan tempat berteduh," katanya.

(Datuk Shadan Othman)

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Nota Serahan Tugas Jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) yang baharu Datin Sapiah Haron dan disaksikan oleh Exco Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Zaidi Attan.

Sebelum ini, MBMB menerima aduan berulang mengenai kebersihan dan masalah dihadapi pengunjung mengenai kereta yang dibiarkan penjaja untuk barangan jualan mereka di tempat letak kenderaan awam.

Media Baharu