fb fb fb fb fb

FAMA pantau isu kekurangan bekalan sayur

FOTO BERNAMA

PUCHONG, 7 Februari- Kerajaan mengarahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memantau isu kekurangan bekalan sayur.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata tindakan itu turut merangkumi mendapatkan bekalan daripada mana-mana sumber yang mempunyai lebihan bekalan sebagai langkah sementara.

Beliau turut memaklumkan harga sayuran terkawal, meski beberapa tempat dilaporkan menaikkan harga.

"Sekarang kita sudah mengarahkan FAMA untuk pantau kawasan yang mengalami kekurangan bekalan. Kita akan gerakkan segera jentera yang ada untuk kita pasarkan sebagai langkah sementara.

Kita juga akan membuat kajian dan mendapatkan maklumat berhubung kawasan berkenaan untuk kita tangani isu ini dengan segera," kata Mohamad kepada pemberita RTM selepas merasmikan loji pemprosesan sarang burung AsiaWalet, di sini.


(Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu)

Sementara itu, mengenai bekalan bahan mentah menjelang persiapan awal Ramadan dan perayaan Aidilfitri, pihaknya memberi jaminan bekalan mencukupi.

Media Baharu