fb fb fb fb fb

Bebas rasuah sektor awam dan swasta, 27 inisiatif strategik dikenal pasti

PUTRAJAYA, 7 Februari- Persekitaran bebas rasuah dalam sektor awam dan swasta, diwujudkan bagi melaksanakan aktiviti antirasuah.

Justeru, 27 inisiatif strategik dikenal pasti Kementerian Sumber Manusia melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad, HRD Corp.

Menterinya, V. Sivakumar menjelaskan usaha dilaksana menerusi pengenalan tiga dokumen teras iaitu Perakuan Integiriti, Laporan Tadbir Urus HRD Corp (2017-2022) dan Pelan Pencegahan Rasuah Organisasi (OACP PSMB) 2021-2025.

"Justeru, dengan berpandukan Pelan Pencegahan Rasuah Nasional (NACP) berkenaan, maka wujudlah Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) PSMB yang turut dibukukan bersama dua lagi naskhah berkaitan iaitu Integrity Pact dan Laporan Governans. Ini melambangkan usaha organisasi ini dalam memerangi rasuah," katanya.

(V. Sivakumar)

Beliau berucap pada Majlis Pelancaran Inisiatif Pencegahan Rasuah HRD Corp, di sini hari ini.

Jelasnya lagi penekanan membanteras rasuah menjadi keutamaan selepas Malaysia berada pada kedudukan 61 dari kalangan 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) terkini, meningkat satu tempat berbanding tahun lalu.

Media Baharu