AYER KEROH, 7 Februari- Kerajaan Negeri Melaka menyasarkan pendapatan sebanyak RM63 juta tahun ini menerusi empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Zaidi Attan berkata empat PBT terbabit termasuk Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).
Katanya, nilai terbabit dapat dicapai dengan cadangan penyelarasan cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan oleh PBT.
“Cukai tidak boleh naik setiap tiga tahun. Jadi, kita kena rancang kenaikan itu supaya tidak membebankan kepada generasi akan datang, dalam masa yang sama kita perlukan perkhidmatan.
Kalau kita tidak perbaiki perkhidmatan, ia bakal menjejaskan sektor pelancongan," kata Zaidi kepada pemberita RTM selepas Majlis Nota Serahan Tugas Jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) kepada Datin Sapiah Haron, di sini.
Penyelarasan tersebut perlu dibuat untuk masa depan generasi akan datang selain usaha menambah baik fasiliti dan perkhidmatan kepada masyarakat.
(Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Zaidi Attan ditemui media selepas Majlis
Nota Serahan Tugas Jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) di Ayer Keroh)