fb fb fb fb fb

Malaysia, Brunei perkukuh perkongsian strategik bidang pertahanan

KUALA LUMPUR, 7 Februari- Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan hari ini menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sempena lawatan rasminya ke negara itu.

Kementerian Pertahanan menerusi kenyataan memaklumkan, pertemuan yang berlangsung di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan itu adalah bagi membincangkan mengenai kerjasama dalam bidang pertahanan antara Malaysia-Brunei.

Lawatan rasmi itu jelas memperkukuh hubungan dua negara dalam bidang pertahanan sekali gus peluang mendalami perkongsian strategik.

(Datuk Seri Mohamad Hassan (kiri) hari ini menghadap Sultan Brunei,
Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bengawan)

Dalam pertemuan sama, Sultan Brunei turut diundang menghadiri Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ‘23) pada 23 hingga 27 Mei depan.

Dalam pertemuan sama, Timbalan Menteri Pertahanan Brunei, Brigedier Jeneral (Bersara) Datuk Seri Pahlawan Abdul Razak Abdul Kadir, turut mengulangi komitmen untuk mengukuhkan kerjasama pertahanan menerusi sektor ketenteraan menerusi pelbagai platform dua hala.

Media Baharu