fb fb fb fb fb

700 veteran ATM dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM)

(Datuk Seri Muez Abd Aziz menyampaikan pingat kepada veteran
ATM / FB Kementerian Pertahanan Malaysia)

KUALA LUMPUR, 7 Februari- Seramai 700 orang veteran Angkatan Tentera Malaysia ATM telah dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) hari ini bertempat di Wisma Perwira ATM.

Pingat Jasa Malaysia (PJM) merupakan pengiktirafan kepada anggota tentera di atas sifat keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan kesetiaan dalam menyumbang kepada kebebasan Malaysia daripada ancaman pengganas komunis.

Penganugerahan tersebut hanya diberikan kepada anggota tentera atau bekas anggota tentera yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataannya memaklumkan, PJM hanya dianugerahkan kepada anggota tentera atau bekas anggota tentera yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama tiga bulan dan ke atas atau telah bertugas secara langsung tidak kurang dari enam bulan di mana-mana pasukan atau formasi ATM bagi tempoh dari 1 Jan 1969 hingga 2 Dis 1989 bagi operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM).

"Antara syarat lain, veteran tersebut telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama tiga bulan dan ke atas atau telah bertugas secara tidak langsung tidak kurang dari enam bulan di mana-mana pasukan atau formasi ATM bagi tempoh 1 Jan 1969 hingga 17 Okt 1990 bagi operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU)," menurut kenyataan itu.

Ketua Setiausaha, Datuk Seri Muez Abd Aziz telah menyempurnakan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada veteran ATM yang telah dilaksanakan bermula 3 Mac 2004 yang lalu.

Turut hadir Ketua Staf Markas ATM Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad, Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Sabri Zali, Timbalan Panglima Tentera Udara Leftenan Jeneral Datuk Muhamad Norazlan Aris, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Mejar Jeneral Zambery Jefry Darus serta wakil Persatuan Veteran ATM sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.

Sehingga hari ini, seramai 33,632 warga veteran ATM telah menerima Pingat Jasa Malaysia.


(Datuk Seri Muez Abd Aziz menyampaikan pingat kepada veteran

ATM / FB Kementerian Pertahanan Malaysia)

Media Baharu