fb fb fb fb fb

Johor kaji kaedah kawal harga barangan

JOHOR BAHRU, 5 Jun- Johor sedang mengkaji kaedah-kaedah terbaik bagi meringankan beban ditanggung rakyat akibat kenaikan harga barangan ketika ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berharap agensi berkaitan turut sama mencari formula dan mekanisme terbaik meringankan beban rakyat dengan segera.

Beliau dalam kenyataannya memaklumkan, kerajaan persekutuan telah dan sedang berusaha sedaya upaya mengawal harga barangan.

"Namun disebabkan inflasi, usaha-usaha ini tidak dapat memberi kesan terbaik mengawal harga barangan dari terus meningkat dan rakyat terpaksa menanggung beban," menurut kenyataan itu.

(Datuk Onn Hafiz Ghazi telah mengadakan lawatan ke beberapa pasar untuk melihat sendiri harga barangan pengguna yang kian meningkat dari ayam, ikan, telur, sayur-sayuran dan sebagainya/FB MB Johor)

Menteri Besar turut memberitahu akan mengumumkan sesuatu bagi membantu rakyat Johor dalam masa terdekat.

Terdahulu beliau melawat beberapa pasar di negeri ini untuk melihat sendiri harga barangan pengguna yang kian meningkat.

Media Baharu