fb fb fb fb fb

Johor cuti tambahan 24 April bersempena Aidilfitri

JOHOR BAHRU, 20 April- Kerajaan Johor mengisytiharkan 24 April, Isnin sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bersempena Aidilfitri.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keputusan tersebut atas perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

"Hari Kelepasan Am Tambahan berkenaan selaras dengan Seksyen 8 dan 9, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369)," katanya.

Onn Hafiz turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan meminta rakyat berhati-hati di jalan raya serta selamat pulang ke kampung.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Hari Kelepasan Am bersempena Aidilfitri pada 21 atau 24 April, bergantung pada pengumuman tarikh 1 Syawal oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, malam ini.

                                            (Datuk Onn Hafiz berkata Johor cuti tambahan 24 April bersempena Aidilfitri)                                                            

Media Baharu