fb fb fb fb fb

Johari Abdul rakam takziah kepada mangsa banjir yang terkorban

Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 20 Disember- Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban bencana banjir di beberapa negeri.

Beliau juga turut mendoakan agar keadaan segera pulih dan bantuan kepada mangsa banjir yang terkorban dan penduduk terjejas banjir dapat dilaksanakan dengan baik.

 
(Datuk Johari Abdul / Foto Bernama)

"Takziah kepada mangsa banjir yang melanda Pantai Timur. Saya difahamkan ada terkorban dan banjir melanda dengan ganas. Jadi kita mendoakan keadaan ini akan reda dan saya minta semua mereka yang mempunyai kedudukan untuk membantu mangsa banjir," kata Datuk Johari Abdul di sini.

Sebelum ini, dilaporkan penduduk terjejas banjir di Pantai Timur lebih 44,000 orang sehingga malam semalam.

Media Baharu