fb fb fb fb fb

Selangor salur bantuan kewangan RM1 juta untuk Kelantan dan Terengganu

SHAH ALAM, 20 Disember - Kerajaan Negeri Selangor menyumbangkan bantuan kewangan sebanyak RM500,000 masing-masing kepada kerajaan Kelantan dan Pahang untuk membantu mangsa banjir di dua negeri berkenaan.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, dalam satu kenyataan berkata bantuan itu bagi meringankan beban atas musibah yang melanda kedua-dua negeri tersebut selain bersimpati dengan nasib yang menimpa rakyat.

"Kerajaan Negeri melalui Skuad Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) serta Sukarelawan Selangor (SERVE) bersedia berkhidmat untuk sebarang bentuk bantuan kemanusiaan pasca banjir sebaik sahaja keadaan mengizinkan kelak," katanya.

Sementara itu, demi menghormati mangsa dan keluarga yang terkesan dengan musibah banjir dan tragedi tanah runtuh Batang Kali, Amirudin berkata acara sambutan Ambang Tahun Baharu peringkat Selangor dibatalkan.

(FOTO FAIL)

Setakat 8.00 pagi hari ini, angka Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) merekodkan seramai 25,353 orang di Kelantan dan 37,021 orang di Terengganu terkesan dengan musibah banjir.

Media Baharu