fb fb fb fb fb

Import telur sehingga bekalan stabil - PM

(Datuk Seri Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR, 20 Disember- Kerajaan memutuskan untuk membenarkan pengimportan telur bagi menampung keperluan serta permintaan pasaran tempatan.

Mulai Khamis ini, pengimportan antara dua hingga 10 juta biji telur sehari akan dilaksana sehingga bekalan menjadi stabil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerangkan, kemasukan pertama, pada 15 Disember lepas, melibatkan sehingga 100,000 biji telur.

"Maka kita telah membuat perubahan dengan memberikan keizinan import mulai 15 Disember, 100,000 biji telur dan mulai 22 Disember, dua hingga 10 juta biji telur sehari akan dibawa masuk sehingga keadaan stabil dan keupayaan pengeluaran tempatan terjamin," katanya.

(Kemasukan pertama, pada 15 Disember lepas melibatkan sehingga 100,000 biji telur)

Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Media Baharu