fb fb fb fb fb

Bekalan makanan di negeri terjejas banjir stabil

KUALA LUMPUR, 20 Disember- Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih dalam keadaan stabil.

Bagaimanapun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bakal menggerakkan bantuan Food Bank ke negeri terlibat.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata ia bagi meringankan beban penduduk yang terjejas.

"Setakat ini yang saya terima di peringkat kementerian, di negeri di bahagian terjejas banjir adalah stabil.

"Bagi penduduk terjejas banjir sekarang ini khususnya di pantai timur, kementerian akan nenggerakkan Food Bank kepada mereka yang didapati perlu mendapatkan makanan dan kita fokuskan makanan yang sedia masak," katanya.

(Datuk Seri Salahuddin Ayub)

Beliau menyatakan demikian dalam sidang media Pengumuman Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2022 di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Media Baharu