fb fb fb fb fb

Bilangan penduduk terjejas banjir di Pahang berkurangan

KUANTAN, 20 Disember - Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang terus mencatatkan penurunan kepada 873 orang daripada 214 keluarga, ditempatkan di lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat pukul 2.00 petang tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, jumlah itu berkurangan susulan penutupan dua PPS di Raub iaitu Balai Raya Kampung Ria dan Balai Raya Chenua.

Penduduk terjejas banjir di Raub seramai 27 orang daripada 10 keluarga ditempatkan di kedua-dua PPS itu dan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing berikutan air banjir di kawasan tersebut surut sepenuhnya.

Lapan PPS kini menempatkan penduduk terjejas banjir terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Karang 125 orang daripada 35 keluarga, SK Beserah 226 orang daripada 50 keluarga, SK Sungai Ular 41 orang daripada 10 keluarga dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelindung 190 orang daripada 48 keluarga.

(FOTO FAIL)

Selain itu, penduduk terjejas turut ditempatkan di SK Pelindung seramai 66 orang daripada 16 keluarga, SK Cherating 161 orang daripada 39 keluarga, Surau Kampung Chendor 48 orang daripada 12 keluarga dan Balai Raya Bukit Kuin 1, 10 orang daripada dua keluarga.

Media Baharu