fb fb fb fb fb

Impak banjir terhadap sektor pelancongan dibincang bersama agensi berkaitan

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 20 Disember- Impak banjir terhadap sektor pelancongan menjadi antara perkara yang akan dibincangkan bersama agensi berkaitan.

Demikian menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Jelas beliau pihaknya akan meneliti situasi banjir semasa, sebelum melaksanakan mekanisme terbaik bagi merancakkan lagi sektor berkenaan.

Beliau ditemui pada pameran dan jualan kempen 'Ini Batik Malaysia' di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.

(Datuk Seri Tiong King Sing)

Media Baharu