fb fb fb fb fb

JKR Selangor tingkat pembangunan, kenal pasti lebih 20 projek baharu

Datuk Seri Ahmad Maslan

SHAH ALAM, 23 Januari- Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor telah mengenal pasti lebih 20 projek baharu yang akan dilaksanakan tahun ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia susulan kejayaan jabatan itu meningkatkan pencapaian projek pembangunan pada tahun 2024.

"Tahun 2025 ini 20 projek persekutuan bawah JKR Selangor ini melibatkan binaan bangunan baru dengan kos RM223.37 juta dan tujuh penyelenggaran bangunan, kos RM28.97 juta. Kesemua 27 projek ini berada dalam fasa prakontrak," katanya.

Beliau berkata demikian selepas lawatan kerja rasmi di pejabat JKR Selangor, di sini.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan bahawa JKR Selangor juga sedang melaksanakan 49 projek Persekutuan dengan kos bernilai RM1.097 bilion yang kini berada pada peringkat pembinaan.

Projek berkenaan melibatkan pembinaan bangunan, penyelenggaraan jalan dan projek cerun.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI