fb fb fb fb fb

JKN Perlis catat KPI cemerlang

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah berkenan melawat gerai-gerai yang menyediakan pelbagai juadah makanan dan minuman bertemakan menu Hari Raya Aidilfitri

KANGAR, 1 Mei - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis telah mencatatkan prestasi cemerlang dengan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) jabatan iaitu 98.95 peratus sepanjang 2023.

Manakala di peringkat hospital, Hospital Tuanku Fauziah (HTF) telah dinobatkan antara dua hospital peringkat negeri yang terbaik peringkat kebangsaan serta JKN Perlis telah dinobatkan sebagai program kejuruteraan terbaik kebangsaan bagi pengoperasian Klinik.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Dr. Ismuni Bohari, ketika ini JKN Negeri melaksanakan program kempen Sihat Milik Semua pula sudah memasuki tahun kedua dan berjalan lancar.

"Juga mencapai sasaran untuk memastikan keutamaan kepada penjagaan kesihatan kendiri di Perlis serta meningkatkan tahap celik kesihatan dalam kalangan warga Perlis.

"Bagi program inovasi pula, JKN Perlis telah juara pertandingan inovasi peringkat kebangsaan dan juara bagi pertandingan Inovasi peringkat negeri Perlis sekali gus dijadikan program contoh di peringkat kebangsaan," katanya.

Dr. Ismuni menyembah maklum kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Perlis di Kompleks JKN Perlis, Utan Aji.
 
Majlis tahunan itu dianjurkan untuk meraikan bulan Syawal bersama-sama seluruh warga kerja kesihatan negeri tersebut.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah turut berkenan mengadakan lawatan ke gerai-gerai yang menyediakan pelbagai juadah makanan dan minuman yang bertemakan menu Hari Raya Aidilfitri.

TETITIA YUSOFF