fb fb fb fb fb

JKM siap siaga hadapi kemungkinan peningkatan penduduk terjejas banjir di PPS

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di setiap negeri berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi kemungkinan peningkatan jumlah penduduk terjejas di pusat pemindahan sementara (PPS)/Foto RTM

KUCHING, 14 Disember – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di setiap negeri berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi kemungkinan peningkatan jumlah penduduk terjejas di pusat pemindahan sementara (PPS) sekiranya situasi banjir bertambah buruk.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata kehadiran JKM di setiap daerah membolehkan tindakan pengagihan bantuan dilaksanakan dengan segera apabila diperlukan.

1412 SWK NANCY BANJIR 2Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri/Foto RTM

“Kita telah melaksanakan pembukaan PPS dan pendaftaran penduduk terjejas secara kendiri melalui sistem MyIBJKM yang dilancarkan sebelum ini. Agihan bantuan keperluan asas juga telah dilaksanakan dan bekalan dilaporkan mencukupi bagi menampung keperluan penduduk terjejas di PPS,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Ceria Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Sumbangan Kembali Ke Sekolah Sesi Persekolahan 2026, di sini.

Menurut Datuk Seri Nancy, setakat ini, bekalan bantuan keperluan asas untuk penduduk terjejas banjir adalah mencukupi bagi menampung keperluan penduduk terjejas yang ditempatkan di PPS.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN