fb fb fb fb fb

JIM Terengganu gempur lombong bijih besi, 28 PATI ditahan

Seramai 28 PATI ditahan terdiri daripada warga Indonesia, China, Bangladesh, Myanmar dan Pakistan

KEMAMAN, 6 Mac- Lapan warganegara China antara 28 pendatang asing tanpa izin PATI yang diberkas dalam operasi khas Jabatan Imigresen Malaysia JIM Terengganu di kawasan tapak perlombongan bijih besi di Kemaman pagi tadi.

Pengarah JIM negeri, Azhar Abd Hamid berkata, siasatan dilakukan mendapati warga China itu masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan bekerja di tapak perlombongan bijih besi sejak beberapa bulan lalu.

Kesemua lapan warga China itu ditahan mengikut Peraturan 39 (b), peraturan Imigresen 1963, kerana menyalahgunakan pas lawatan untuk berkerja.

Operasi khas tersebut disertai 130 pegawai Imigresen daripada Terengganu, Kelantan, Perak, Perlis dan Putrajaya itu bermula pukul enam pagi tadi hasil maklumat awam dan risikan.

Turut ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut akta Imigresen, 15 PATI warga Indonesia, tiga Bangladesh dan masing-masing seorang daripada Pakistan serta Myanmar atas pelbagai kesalahan mengikut akta Imigresen.

Pada operasi tersebut, seramai 39 warga asing diperiksa.

Empat majikan juga dipanggil untuk diambil keterangan kerana didapati bersalah menggaji PATI dan akan didakwa mengikut Seksyen 56 (1), (d), Akta Imigresen 1963 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 dan enam sebatan.

Dalam pada Itu beliau memaklumkan setakat semalam 178 operasi telah dijalankan dengan dua ribu 168 warga asing telah diperiksa.

313 daripada mereka telah ditahan atas pelbagai kesalahan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE