fb fb fb fb fb

JIM nafi dakwaan denda pemandu pengangkutan awam bawa pendatang asing

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 23 Disember- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan pihaknya akan mengenakan tindakan terhadap pemandu pengangkutan awam yang membawa warga asing tanpa dokumen sah seperti tular melalui mesej di applikasi WhatsApp.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata notis berkenaan adalah palsu yang dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun, katanya, mereka boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63.

Sekiranya didapati dengan sengaja memberi perlindungan kepada mana-mana orang yang diketahui melanggar peruntukan akta itu.

JIM juga tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63

Pada masa sama, pihaknya memohon supaya orang ramai tidak terpedaya dengan sebarang maklumat yang tidak sahih.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

ZEHRA BINTI ZAMBRI