Jerebu: 14 PPD Sarawak tutup sekolah mulai Isnin

Foto RTM

KUCHING, 5 September – Sekolah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu dan PPD Tatau/Sebauh akan ditutup sementara sepanjang minggu depan susulan keadaan jerebu.

RINGKASAN BERITA AI
  • JPN Sarawak membuat keputusan berdasarkan pemantauan berterusan dan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) setakat 8 malam tadi.
  • Penutupan sementara pada 7 hingga 11 September melibatkan 14 Pejabat Pendidikan Daerah terjejas.
  • Jumlah keseluruhan: 617 sekolah rendah (130,953 murid) dan 93 sekolah menengah (107,350 pelajar).

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat berdasarkan pemantauan berterusan serta bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkodkan setakat 8 malam tadi.

Penutupan membabitkan 63 sekolah rendah dan menengah di kedua-dua PPD berkenaan, melibatkan 39,744 murid dan pelajar.

Secara keseluruhan, penutupan sementara sekolah pada 7 hingga 11 September melibatkan 14 PPD yang terjejas akibat fenomena jerebu.

Ia membabitkan 617 sekolah rendah dengan 130,953 murid serta 93 sekolah menengah dengan 107,350 pelajar.

Jumaat lalu, Pengarah JPN Sarawak, Omar Mahli memaklumkan 12 sekolah di bawah 12 PPD akan ditutup sementara sepanjang minggu depan berikutan keadaan jerebu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.