fb fb fb fb fb

Jemaah Menteri tegur Ahli Parlimen keluar kenyataan tidak benar

Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 8 Mac- Jemaah Menteri akan berhubung dengan Pejabat Speaker Dewan Rakyat bagi membincangkan kenyataan Ahli Parlimen yang didakwa tidak benar ketika sesi Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat dua minggu lalu.

Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Jemaah Menteri menyuarakan teguran secara tegas terhadap perbuatan berkenaan, dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bagi memastikan perkara itu tidak berulang.

"Teguran ini ataupun kenyataan yang tegas Jemaah Menteri telah disampaikan. Insya-Allah Jemaah Menteri akan berhubung dengan pejabat Tan Sri Speaker untuk pastikan kerana ia seolah-olah ada sikap cakap dahulu kemudian minta maaf.

"Dalam Bahasa Inggeris ada pertikaian sama ada penyesalan. Adakah mereka faham bahawa apa yang mereka sebut itu tidak benar dan tidak betul. Tidak kira Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan, Pengkalan Chepa Datuk Ahmad Marzuk Shaary atau Marang Tan Sri Abdul Hadi Awang," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Kabinet menyuarakan teguran secara tegas terhadap perbuatan berkenaan, pada Mesyuarat Kabinet hari ini.

Fahmi yang juga jurucakap kerajaan MADANI berkata perkara dibangkitkan Ahli Parlimen berkenaan akan dijawab oleh menteri dalam sesi penggulunggan yang dijadual pada Isnin depan.

Pada 5 Mac, Wan Saiful memohon maaf atas tindakannya berikutan kenyataan berbaur sangkaan jahat terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI