fb fb fb fb fb

Jemaah Menteri sambut baik cadangan kampung angkat

Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 8 Mei- Semua jemaah menteri perlu segera memilih kampung angkat dalam usaha menyelami masalah rakyat lebih mendalam dan menyeluruh.

Perkara itu selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar setiap pemimpin di negara ini termasuk perdana menteri dipertanggungjawabkan menjaga sebuah kampung.

Menteri Komunikasi yang juga jurucakap kepada Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil memaklumkan, perkara itu ditegaskan Anwar dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan diterima baik oleh semua Jemaah Menteri.

"Perdana Menteri telah meminta supaya setiap menteri mengambil sebuah kampung angkat dan ini adalah sebenarnya satu usaha yang digunakan sebelum ini. Tetapi Perdana Menteri meminta supaya ia dirancakkan.

"Erti mengambil kampung angkat adalah untuk seseorang menteri berusaha meneliti dan mendapatkan laporan mengenai perkembangan di kampung berkenaan secara keseluruhan," katanya dalam sidang media di sini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI