Jemaah masjid baca Yasin bersempena 50 tahun pemergian Tun Abdul Razak

Foto RTM

PUTRAJAYA, 16 Januari – Hampir 300 jemaah hadir mengimarahkan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil bersempena memperingati 50 tahun pemergian Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah di Masjid Putra, Putrajaya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hampir 300 jemaah hadir memeriahkan majlis bacaan Yasin dan Tahlil sempena memperingati pemergian Tun Abdul Razak dan isterinya.
  • Majlis dimulakan dengan solat Maghrib, diikuti bacaan Yasin dipimpin imam Baharuddin Idris dan bilal Muhammad Kamil Awang.
  • Masjid menyediakan juadah berbuka bagi jemaah yang menjalankan ibadah puasa sunat Khamis.
  • Acara sama turut diadakan serentak di beberapa masjid utama di negeri lain seperti Seremban, Sarawak dan Melaka.

Majlis dimulakan dengan solat fardhu Maghrib diikuti dengan bacaan Yasin yang dipimpin oleh imam bertugas, Baharuddin Idris dan bilal Muhammad Kamil Awang.

Pada masa sama, pihak masjid turut menyediakan juadah berbuka puasa untuk para jemaah yang melaksanakan ibadah puasa sunat Khamis.

Majlis berkenaan juga diadakan serentak di masjid-masjid utama negeri seperti Masjid Negeri di Seremban, Masjid Jamek Negeri Sarawak dan Masjid Al-Azim Melaka.