fb fb fb fb fb

Jemaah haji Malaysia dihidangkan pek MRE ketika ibadah Masyair - TH

MEKAH, 23 Mei- Sebanyak 236,000 pek ‘Meals Ready to Eat’ atau sajian sedia dimakan (MRE) dibekalkan untuk kegunaan jemaah haji Malaysia ketika ibadah Masyair nanti. 

Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, penggunaan produk makanan MRE merupakan antara pembaharuan yang dilaksanakan sepenuhnya pada musim haji tahun ini. 

Projek rintis MRE telah bermula pada tahun 2018 dan 2019 dengan hanya satu menu sebelum ditambah kepada tiga menu pada 2022. 

Jelasnya, pengurusan Mashariq telah melantik dua syarikat daripada Malaysia dan Thailand untuk membekalkan produk MRE kepada jemaah Malaysia. 

"Kita memang merancang menggunakan dua sumber pembekal. Kita tidak bergantung hanya kepada satu pembekal kerana kita mengambil kira daripada segi pengurusan risiko."

"Ia supaya makanan MRE ini terjamin daripada segi keselamatannya, terjamin daripada segi pembekalannya yang sampai ke Arab Saudi dan ia selamat untuk dihidang kepada para jemaah haji semasa berada di Arafah dan Mina," kata Datuk Seri Syed Saleh kepada pemberita dalam sidang media selepas meninjau stor penyimpanan MRE di Mekah. 

Tambahnya, sebanyak 16 menu disediakan antaranya nasi lemak, nasi goreng ayam dan ayam masak lemak. 

Antara kelebihan penggunaan produk MRE adalah memastikan keseragaman makanan untuk semua maktab selain mengurangkan jumlah sajian yang di masak di dapur sekali gus mengelakkan risiko kebakaran di kawasan perkhemahan.

aidan