fb fb fb fb fb

Sarawak Agrofest 2024 dijangka menjana jualan RM5 juta

KUCHING 23 Mei- Agrofest Sarawak 2024 (SAF 2024) akan diadakan di Lapangan Terbang Lama Bintulu bermula 12 hingga 22 Julai.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wiayah Sarawak (M-FICORD), Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom memberitahu, festival tersebut dijangka menjana jualan sebanyak RM5 juta dan menarik kira-kira 450,000 pengunjung dari seluruh Sarawak.

Tambahnya, lebih 200 peserta pameran daripada industri pertanian, Agensi kerajaan, usahawan, sektor korporat dan swasta termasuk pemain antarabangsa akan mengambil bahagian dalam festival yang diadakan selama 11 hari tersebut.

Beliau memberitahu demikian dalam sidang media di Kuching hari ini.

SAF 2024 dengan tema ‘Mempertingkatkan sektor agro, memperkasakan komuniti’ kali ini istimewa kata nya, selari dengan sambutan Hari Sarawak 2024 dan sambutan 100 Tahun Jabatan Pertanian Sarawak.

Ujarnya, tema tahun ini adalah selaras dengan visi MFICORD mencapai memajukan sektor pertanian dan ekonomi luar bandar menjelang 2030.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijangka hadir untuk Majlis Perasmian pada 12 Julai.

Katanya, selain pameran, antara pengisian acara ialah Larian Agrofest, Ratu Agrofest 2024 dan Pentas Hiburan.

aidan