Jelajah Ramadan Negerifm santuni pengunjung, peniaga Bazar Ramadan

Program antara lain perkukuh jenama RTM dalam kalangan komuniti setempat/RTM Negeri Sembilan


PORT DICKSON, 2 Mac
– Program Jelajah Ramadan peringkat Negerifm menyantuni pengunjung dan peniaga Bazar Ramadan Batu Empat, di sini dengan mengedarkan 500 pek bubur lambuk.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penganjuran bersama hotel tempatan kukuhkan kerjasama dan sokongan komuniti kepada RTM Negeri Sembilan.
  • Program ini menjadi platform memperkukuh jenama RTM dalam kalangan komuniti setempat.
  • Pengunjung dan peniaga berpeluang beramah mesra dengan juruhebah Negerifm.

Penganjuran RTM Negeri Sembilan kali ini, mendapat kerjasama hotel sekitar Port Dickson.

Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan, Suhana Suratman berkata, penganjuran program seperti ini bersama-sama rakan strategik merupakan platform memperkukuh jenama RTM dalam kalangan komuniti setempat.

“Program turun padang ke lapangan seperti ini, antara platform mengekalkan RTM untuk terus relevan,”katanya.

Pengunjung serta peniaga turut berpeluang beramah mesra bersama-sama juruhebah Negerifm.