fb fb fb fb fb

Jelajah Aspirasi Malaysia 2025 tumpu sumbangan kepada komuniti

Jelajah Aspirasi Malaysia 2025 tumpu sumbangan kepada komuniti

WANG KELIAN, 16 Ogos – Sumbangan kepada komuniti yang juga penonton dan pendengar jenama RTM menjadi keutamaan program Jelajah Aspirasi Malaysia (JAM) 2025 yang bermula hari ini hingga 30 Ogos.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata aktiviti kemasyarakatan perlu dekat dengan program anjuran RTM kerana ia mampu memberi impak berganda kepada tontonan dan pendengar.

1608 KGR TOK MI JAM 2Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman

“Dan inilah salah satu cara RTM untuk mendekatkan jenama kita dengan pendengar dan penonton. Sekiranya ada masalah yang mereka utarakan, kita sampaikan kepada pihak yang boleh membantu, itu yang paling penting.

"Dan yang paling penting, kita kena buat sesuatu dengan penuh ikhlas. Kalau kita buat dengan ikhlas, secara tak langsung orang lebih dekat dengan jenama kita dan kita kekal relevan,” katanya selepas majlis pelancaran Jelajah Aspirasi Merdeka 2025 di Gua Kelam, di sini.

Tambah Suhaimi, setiap program yang dilakukan perlu lebih ikhlas supaya komuniti lebih dekat dengan jenama RTM.

Tambahnya lagi, setiap program yang dilaksanakan perlu berlandaskan keikhlasan agar komuniti merasakan lebih dekat dengan RTM.

Program berkenaan turut diisi dengan pelbagai aktiviti termasuk Historace, pameran agensi serta jualan Madani, selain acara pelepasan Skuad Jelajah Aspirasi Malaysia yang turut disempurnakan beliau.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN