fb fb fb fb fb

Jelajah Agenda Pembangunan Islam P. Pinang: Fokus pupuk kesedaran wakaf

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid

BAYAN LEPAS, 14 Disember- Pemerkasaan Agama Islam di Pulau Pinang diteruskan menerusi Jelajah Agenda Pembangunan Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2024.

Jelajah terakhir bagi tahun ini diadakan di Masjid Al- Mustaghfirin Sungai Tiram, Bayan Lepas.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata edisi terakhir ini memfokuskan kepada aspek sosioekonomi dengan memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan wakaf.

"Dalam konteks pembangunan sosial ekonomi rumah, kita menggerakkan kesedaran kepada umat Islam di negeri Pulau Pinang dari masjid-masjid yang kita pergi berkaitan dengan kesedaran untuk berwakaf bagi membangunkan sosioekonomi rumah di negeri Pulau Pinang ini.

"Selain, instrument yang penting di negeri Pulau Pinang dalam konteks pengurusan zakat Agama Islam negeri, tapi wakaf yang perlu digerakkan, yang perlu disedarkan kepada umat Islam di negeri Pulau Pinang yang kita boleh bangkit, dah bangun ke rumah ini, membangunkan bangunan-bangunan dan perumahan berasaskan kepada wakaf", katanya.

Lima tonggak utama digariskan bagi jelajah berkenaan membabitkan pembangunan sosioekonomi, pendidikan, keluarga, pembangunan anak muda serta pembangunan dakwah dan tarbiah.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Jelajah Agenda Pembangunan Agama Islam sempena Karnival Islami Masyarakat Madani Megeri Pulau Pinang di Masjid Al-Mustaghfirin di Bayan Lepas.

Terdahulu, jelajah berkenaan telah diadakan di tujuh buah masjid melibatkan lima daerah di Pulau Pinang. Antaranya, Masjid Kampung Kepala Gajah Simpang Ampat, Masjid Daerah Seberang Perai Utara Teluk Air Tawar dan Masjid Timah Permatang Pauh.

Forum Santai bertajuk Pendidikan, Dakwah dan Ekonomi: Kunci Anak Muda dan Keluarga Berjaya, pameran agensi Islam Pulau Pinang dan bengkel Tahsin al-Quran antara pengisian jelajah itu.

ROSLINA BINTI DIN