fb fb fb fb fb

JBPM Pulau Pinang hadkan cuti anggota sempena Aidilfitri

Pengarah JBPM Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah / Foto RTM

BUKIT MERTAJAM, 25 Mac – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang hanya membenarkan 30 peratus pegawai dan anggotanya bercuti sepanjang musim perayaan Aidilfitri bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi sebarang kecemasan.

Pengarah JBPM Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata seramai 520 anggota akan bertugas dengan 38 balai bomba bersiap siaga sepanjang tempoh tersebut.

“Pegawai yang dibenarkan bercuti hanyalah 30 peratus, manakala lebih 500 anggota akan bertugas. Pasukan bomba juga akan ditempatkan di Plaza Tol Juru bermula 29 Mac hingga 3 April 2025 bagi memastikan kelancaran dan keselamatan pengguna lebuh raya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Musim Perayaan Aidilfitri, di sini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN