fb fb fb fb fb

Banjir Johor: 909 orang terjejas, 10 PPS aktif

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 Mac- Seramai 909 orang daripada 275 keluarga kekal terjejas banjir di Johor, setakat pukul 6.00 pagi tadi.

Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan bahawa 10 pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan di dua daerah negeri berkenaan.

Dua daerah berkenaan adalah Batu Pahat dan Pontian.

"Batu Pahat menjadi daerah paling terjejas dengan mencatat 619 penduduk terjejas banjir daripada 193 keluarga. Mereka ditempatkan di lima PPS.

"Di daerah Pontian pula, seramai 290 orang daripada 82 keluarga terjejas dengan banjir. Lima PPS dibuka di daerah itu," menurut kenyataan itu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM