KUALA LUMPUR, 3 Mei- 406 kawasan titik panas berisiko kebakaran dikenal pasti sepanjang musim panas dan kering yang dijangka berlaku sehingga Ogos depan.
Menurut Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Ahmad Izram Osman, anggotanya sudah memulakan pemantauan di kawasan yang telah dikenal pasti.
(Foto hiasan)
Antara kawasan dikenal pasti termasuk 119 di Kedah, 45 di Johor, 37 di Negeri Sembilan, 34 di Terengganu, 33 di Sabah, 30 di Sarawak dan 23 di Perak.
Manakala 22 kawasan dikenal pasti di Selangor, 15 di Kuala Lumpur, 13 di Pulau Pinang, 10 di Pahang, sembilan di Kelantan, tujuh di Labuan, enam di Melaka dan tiga di Perlis.