(Foto hiasan)
KOTA BHARU, 3 Mei- Sebanyak 39 kes kecederaan akibat terkena mercun dilaporkan di Kelantan dalam masa lebih sebulan mulai 25 Mac lalu.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, dua daripada keseluruhan kes itu dirujuk kepada pakar perubatan kerana mengalami kecederaan serius.
Sementara itu, 23 kes dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan lanjut, baki 14 kes lagi dirawat sebagai pesakit luar.
Daripada keseluruhan tersebut, 10 dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, sembilan di Hospital Tanah Merah dan masing-masing empat kes dirawat di Hospital Tengku Anis di Pasir Puteh, Hospital Gua Musang, dan Hospital Sultan Ismail Petra di Kuala Krai, selain dua kes di Hospital Tumpat, dua di Hospital Machang, Hospital Jeli (tiga) dan satu kes di Hospital Pasir Mas.
Ujar beliau, majoriti kes melibatkan kanak-kanak berusia sembilan hingga 10 tahun dengan pelbagai kecederaan termasuk patah jari tangan dan melecur di beberapa bahagian badan.
(Dr. Zaini Hussin)