fb fb fb fb fb

Tiga rakyat Malaysia masih di Sudan disahkan selamat - Zambry

(Pelabuhan Sudan / FOTO AFP)

KUALA LUMPUR, 3 Mei - Tiga lagi rakyat Malaysia yang masih berada di Sudan berada dalam keadaan selamat.

Perkara itu disahkan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Katanya, dua daripadanya adalah Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyertai Pasukan Keselamatan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu ke Abyei (UNISFA).

Mereka ialah Mejar Zazalina Ghazali dan Leftenan Komander Naadifarin Che Kamaruddin.

(Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir / FOTO BERNAMA)

"Wilayah Abyei tidak terjejas teruk susulan pertempuran yang masih berterusan di Sudan. Jika keadaan memerlukan, proses bawa keluar mereka, akan dikendali PBB," katanya menerusi kenyataan.

Seorang lagi individu melibatkan wanita yang dilapor terperangkap bersama suaminya, warga Sudan dan dua anak mereka.

Tambah Zambry, usaha membawa keluar mereka dari wilayah Al Gaza telah dilaksana dan keluarga itu dijangka tiba di Pelabuhan Sudan hari ini.

Malaysia telah meminta bantuan Arab Saudi dan Pakistan untuk membawa kesemua mereka keluar ke Jeddah dalam masa terdekat.

Media Baharu